folder Filed in Dunia Buku, Resensi
Kemerosotan Institusi Politik dan Konflik Orang Melayu
admin comment 0 Comments access_time 1 min read

Orang Melayu sering percaya bahawa mereka takkan kehilangan kuasa seperti yang digambarkan dalam ayat keramat ini, “Takkan Melayu Hilang di Dunia.” Tetapi, benarkah begitu?

Di dalam Kejatuhan Kuasa Politik Melayu: Bagaimana Orang Melayu Hilang Kuasa, penulis menekankan bahawa jatuh bangun kuasa dalam kalangan orang Melayu terletak pada tangan mereka sendiri. Tambah beliau lagi, orang Melayu perlu bersaing untuk mengekalkan kuasa melalui sistem demokrasi dan bukan lagi bergantung pada slogan dan andaian tentang status majoriti mereka lagi.

Buku ini juga meneliti konflik yang berterusan hingga menyebabkan perpecahan telah melemahkan pengaruh politik orang Melayu. Beberapa peristiwa penting seperti Malayan Union 1946 , Kongres Melayu tahun 1957 dan Proklamasi Melayu tahun 2023 juga diketengahkan penulis sebagai hujah.

Penutup, penulis menggariskan bahawa orang Melayu perlu mengakui bahawa konflik dalaman telah melemahkan mereka. Orang Melayu perlu berusaha menyemai perpaduan dalaman agar mereka dapat menguasai semula pentas politik demi masa depan generasi akan datang.

*Penulisan ini merupakan sebahagian daripada isi di dalam buku Kejatuhan Kuasa Politik Melayu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Cancel Post Comment