folder Filed in Pencerahan
Perangkap Thucydides: US Melawan China 
Apa Yang Kita Boleh Pelajari Daripada Greek Purba?
admin comment 0 Comments access_time 8 min read

Oleh Muhamad Helmi Othman

“It was the rise of Athens and the fear that this instilled in Sparta that made war inevitable.” – Thucydides, History of the Peloponnesian War

Tidak lama dahulu kebangkitan China dianggap tidak mengancam dan mudah dijinakkan. Pertumbuhan ekonomi yang rancak akan memacu kepada keterbukaan dan liberalisasi dalam sistem politik. Kini seperti yang dijangkakan berdasarkan andaian awal oleh para pakar di AS bahawa China akan menjadi pemegang taruh dunia yang bertangungungjawab tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya, kebangkitan China kini dianggap sebagai ancaman. Andaian bahawa kepesatan ekonomi akan membawa kepada situasi politik yang lebih demokratik ternyata meleset. Kebanyakkan orang juga bimbang dengan persaingan China dan AS akan akhirnya menatijahkan peperangan dan konflik yang berskala global.

Di AS, satu model baru telah diperkenalkan, mengambil ibrah atau cerminan daripada sejarah dunia purba iaitu karya dan hasil renungan Thucydides iaitu sejarawan yang menulis mengenai Perang Peloponnesian iaitu peperangan antara negara kota Greek Athens dan Sparta. Menurut Prof Graham Allison daripada Institut Belfer Universiti Harvard, iaitu antara sarjana paling terkemuka dalam bidang Hubungan Antarabangsa dalam karyanya iaitu Destined For War: Can America and China Avoid Thucydides Trap? – telah menjadi bacaan wajib oleh ramai para pembuat dasar, ahli akedemik dan juga para wartawan. Perangkap Thucydides ini menerangkan mengenai dinamika yang bahaya (the dangerous dynamic) akan berlaku apabila kuasa yang sedang bangkit (rising power) secara semulajadinya mengancam atau mencabar kuasa semasa (established power) dan berpotensi akan mengantikanya.

Dalam dunia purba, ia merujuk kepada negara kota Athens yang mengancam Sparta. Pada lewat abad ke 19, Jerman telah mencabar Britain. Hari ini pula menyaksikan kebangkitan China dijangkakan  berpotensi mencabar Hegemoni AS dan menggantikanya. Setelah menyorot sejarah sepanjang 500 tahun, Prof Allison telah mengenal pasti 16 contoh benturan atau pertembungan antara kuasa yang sedang bangkit mencabar kuasa semasa. Daripada 16 contoh kajian kes yang dijelaskan 12 daripadanya telah membawa kepada peperangan. Menurut beliau persaingan sengit antara Washington dan Beijing telah menunjukkan perkembangan tersebut dalam konteks hubungan antarabangsa yang dapat kita lihat sekarang, as far as any eye can see.

Persoalan yang timbul adakah AS dan China boleh menghindari Perangkap Thucydides’s ini bukan semata-mata satu persoalan akedemik. Paradigma perangkap ini telah cepat berkembang menjadi satu analisis yang sangat luas dalam melihat persaingan dan pertembungan antara Washington dan Beijing. Antaranya yang dapat dilihat secara jelas:

1) Penglobalan atau proses globalisasi kuasa kententeraan China;

2) Persoalan dan ketegagan mengenai isu Laut China Selatan;

3) Penamaan atau memposisikan semula kuasa ketenteraan AS di Pasifik.

Namun begitu, tidak semua orang bersetuju dengan pandangan Allison, Prof Hu Bo daripada Institut Kajian Kelautan Peking University yang juga antara pakar strategis tentera laut menyatakan bahawa konsep keseimbangan kuasa tidak dapat menyokong hipotesis Thucydides ini.  Tambahan lagi, menurut Prof Hu, walaupun kebangkitan China adalah sesuatu yang menakjubkan, beliau percaya bahawa kekuatan seluruhnya  tidak boleh secara mudah dibandingkan langsung dengan AS. Ia hanya terhad di pasifik Barat di mana China mempunyai peluang setara dengan keupayaan AS yang lebih bersifat global.

Walaubagaimanapun, satu konfrantasi sudah cukup mengheret dua kuasa besar ini untuk terjerumus dalam perperangan. China adalah sebuah kuasa tentera laut yang sedang bangkit (Rising Naval Power), sama seperti Athens dalam dunia purba, ia sedang mempersiapkan angkatan tentera laut yang bakal menyaingi keunggulan AS tidak lebih kurangnya sengit juga kerana China sedang membina dan menjadi kuasa ketenteraan laut terbesar, paling cepat dan komprehensif di dunia. Kehebatan yang dibangunkan oleh China kata Profesor Andrew Erickson, daripada Kolej Tentera Laut AS yang juga merupakan sarjana terkemuka dalam mengkaji ketenteraan laut China menyifatkan bahawa kuasa dan keupayaan ketenteraan laut China bukan sahaja menakjubkan pada ketika ini tetapi juga paling hebat yang pernah dibangunkan dalam sejarah.  Dalam segi kualiti kententeraan laut China yang dilihat sentiasa meningkat secara signifikan, dengan jumlah kapal perang dan armada yang banyak, lebih besar dan lebih canggih, dan semua ini mempunyai keupayaan dan kebolehan yang hampir setanding dengan kapal-kapal perang negara Barat. Keadaan ini ditambah lagi dengan strategi maritim China yang pada waktu ini bersifat lebih berani dan cenderung untuk bertindak balas (asertif). China dilihat amat sensitif terutama dalam persolan yang bersangkutan dengan wilayahnya misalnya dalam isu Taiwan dan tidak akan teragak-agak untuk memaksakan kekerasan ke atasnya. Manakala dalam masa yang sama AS pula bertekad melindungi dan mempertahankan Taiwan. Selain itu China juga terlibat dalam pertikaian melibatkan pulau-pulau di laut China Selatan dengan negara-negara seperti Filipina, Vietnam dan Malaysia. Malah China Coast Guard adalah yang terbesar di dunia dan tidak tertanding oleh  jumlah keseluruhan Coast Guard negara ASEAN sekalipun digabungkan kesemuanya sekali.

Ketegangan hubungan Sino-AS ini adalah hasil daripada dasar dan personaliti Presiden Xi Jinping yang mengetengahkan naratif mengenai persoalan sejarah, malah dikatakan ditakdirkan untuk China menjadi pesaing kepada Washington. Menurut Elizabeth yang juga merupakan pengarah kajian Asia  di  Council on Foreign Relations, menyatakan bahawa Xi Jinping adalah merupakan pemimpin yang transformatif yang sangat mendokong idea dan impian Cina ( The Chinese Dream) dalam menjadikan China sebagai pemain utama di pentas global dengan melakukan dasar perluasan (expansionist) misalnya dengan idea OBOR atau sekarang dikenali sebagai BRI.  Xi Jinping juga sedang melakukan usaha dalam membentuk norma dan institusi global supaya lebih memihak kepada nilai dan kepentingan China.  Sebagai reaksi balas terhadap dasar-dasar Xijinping ini, AS juga telah mengubah padangan dan posisinya. Washington telah memposisikan China beserta Rusia sebagai kuasa yang revisionist. Ketenteraan AS juga menganggap China sebagai satu pesaing yang hampir setaraf baik dari segi keupayaan ketenteraan laut mahupun udara dan juga angkasa lepas.

Walaupun terdapat kecenderungan atau mood baru yang kuat di Washington. Ia seolah-olah dilihat terlalu awal dalam menyiapkan satu strategi bagi menghadapi kemaraan Beijing. Beberapa pemerhati melihat ia seperti keberangkalian bagi Perang Dingin yang kedua, iaitu antara AS dan China. Bagaimanapun, tidak seperti Perang Dingin Abad ke-20 antara AS dan Kesatuan Soviet, ekonomi Amerika dan China sangat saling terhubung atau berkait (interlinked) antara satu sama lain. Hal Ini telah memberikan persaingan mereka satu dimensi baru iaitu pertempuran untuk mengusai dan  medominasi teknologi digital dan ICT seperti Internet, Kecerdasan buatan atau artificial intelligence (AI), autonomous vehicle dan sebagainya. Mana-mana negara yang mengusai tekonologi pastinya akan menjadi penentu kepada ekonomi dunia masa hadapan.

Syarikat telekomunikasi gergasi milik China seperti Huawei yang juga membangunkan teknologi 5G telah menjadi sasaran oleh Kerajaan AS. Trump misalnya telah menolak untuk membenarkan teknologi syarikat tersebut dingunakan bagi rangkaian komunikasi masa depan utama, dan turut  menekan negara sekutunya yang lain mengikuti langkahnya dengan mengenakan larangan yang sama. Sebagai tambahan Trump telah melarang Syarikat AS daripada membeli produk Huawei, AS juga telah mengenakan dakwaan jenayah terhadap syarikat dan ketua pegawai kewangannya Meng Wanzhou. Meng adalah merupakan anak perempuan kepada pegasas Huawei iaitu Ren Zhengfei. Meng telah ditahan oleh pihak berkuasa Kanada atas permintaan daripada AS.

Pertarungan Washington dengan Huawei menggambarkan kebimbangan yang lebih luas mengenai sektor teknologi China terutama dalam soal pencurian hak ke atas harta intelek, penjualan barangan terlarang kepada Iran dan dan aktiviti pengintipan. Selain itu, AS berasa sangat  khuatir akan keupayaan teknologi China yang semakin maju dan dalam masa yang sama bercita-cita menjadi sebuah pemain ekonomi global pada dekad seterusnya sekaligus akan memberi kesan langsung kepada survival kuasa AS sekiranya terus membiarkan kebangkitan China ini tidak dibendung. Persaingan sengit antara China dan AS adalah pada hari ini adalah satu hakikat yang tidak dapat dinafikan dan ia sedang berlaku. Misalnya perang dagang (trade war) yang makin meruncing antara AS dan China yang dilihat saling balas membalas menaikan tariff dan sekatan import.

Kesilapan dalam melakukan pengiraan stategik boleh membawa kepada malapetaka. Hal ini terjadi kerana ketiadaan mana-mana buku peraturan untuk membantu menguruskan ketegangan di antara mereka. Kedua-dua negara kini berada di satu persimpangan yang kritikal iatu bakal menentukan masa depan dan nasib peradaban manusia. Sama ada mereka akan mencari cara yang bersifat diplomasi dan akomodatif atau sebaliknya mereka bergerak ke arah hubungan yang lebih konfrontatif.

Tuntasnya, persoalan Ini membawa kita kembali ke perangkap Thucydides adakah ia satu yang telah ditakdirkan ? . Namun begitu Prof Allison, menekankan bahawa persoalan ini bukanlah sesuatu yang muktamad. Perangkap Thucydides ini dapat dielakkan ia tergantung kepada bagimana kita memahami peristiwa pada masa lepas, belajar agar kita tidak mengulanginya dan konflik antara AS dan Chinaadalah mengenai kupayaan menguruskan diplomasi dan statecraft  dengan teliti dan bukan semata-mata takdir. Adakah AS dan China akan mengikut jejak langkah Jerman dan Britain seabad yang lalu iaitu memilih untuk berperang sama seperti Athens dan Sparta hampir 2000 tahun lepas atau menyelesaiakan secara damai seperti apa yang terjadi dalam Perang Dingin antara AS dan Kesatuan Soviet.   

Diulas oleh Jonathan Marcus, Analysis: Will China and America go to War?. Boleh dicapai melalui web : https://www.bbc.com/news/world-47613416

Tulisan ini diterjemah dan diolah dan ditambah oleh penulis mengikut kesesuaian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Cancel Post Comment