folder Filed in Dunia Buku
Mereka Yang Membaca Dengan Banyak Adalah Lebih Sopan, Baik dan Lebih Bertimbang Rasa, Menurut Kajian
admin comment 0 Comments access_time 2 min read

Menjadi seorang ulat buku biasanya dianggap hobi bagi mereka yang kesunyian. Lebih lagi, jika dibandingkan dengan menonton televisyen, agak sukar untuk membaca buku di dalam satu kumpulan ataupun dengan orang lain. Orang yang membaca buku dengan banyak telahpun dianggap sebagai penyendiri atau memiliki sifat introvert.

Akan tetapi, sains memberitahu kita kemungkinan bahawa label yang diletakkan kepada orang yang membaca itu sebagai salah. Berdasarkan penyelidikan, orang yang lebih banyak membaca buku – khususnya buku genre fiksyen – lebih cenderung  memaparkan personaliti yang ramah dan lebih bertolak ansur.

Kesimpulan ini berdasarkan kepada kajian oleh Kingston University di London. Para penyelidik telah bertanya sejumlah 123 orang berkenaan tabiat membaca ataupun tabiat menonton televisyen mereka. Dan para responden ini juga dikehendaki menyatakan apakah genre yang mereka minati, samada komedi, bukan fiksyen, romantik ataupun drama.

Kemudian penyelidik juga menguji kebolehan sosial responden, dengan bertanyakan soalan seperti: Berapa kerap anda menimbangkan pandangan orang lain berbanding mengutamakan pandangan anda sendiri? Atau, Adakah anda aktif di dalam membantu orang lain yang memerlukan bantuan?

Ada yang mungkin berfikir bahawa mereka yang lebih suka menonton televisyen akan memaparkan tingkah laku yang lebih mesra. Ianya masuk akal. Kerana penerbitan buku secara besar-besaran di luar sana, menyebabkan kita biasanya akan bertemu dua orang yang berlainan telah menonton rancangan televisyen yang sama, lebih ramai berbanding dua orang yang membaca buku yang sama.

Walau bagaimanapun, keputusan kajian menunjukkan hal sebaliknya. Dalam perbandingan antara pembaca buku dan penonton televisyen, pembaca buku muncul di tangga atas dalam keputusan yang menunjukkan tingkah laku yang lebih bertolak ansur. Mereka juga mendapati bahawa mereka yang lebih banyak menonton televisyen sebenarnya menunjukkan lebih banyak tingkah laku anti-sosial.

Apa yang lebih menarik, seperti mana yang dinyatakan oleh salah seorang penyelidik, Rose Turner, “semua bentuk fiksyen tidak sama.” Pembaca fiksyen menunjukkan kebolehan sosial yang terbaik. Khususnya, apabila dipecah mengikut genre, mereka melihat bahawa pembaca komedi adalah yang terbaik dalam membina hubungan dengan orang lain. Peminat genre romantik dan pencinta drama adalah yang paling empati dan paling mahir melihat perkara melalui mata orang lain.

Keputusan ini menarik (tidak semestinya ianya sebagai rangsangan ego kepada ulat buku); Walau bagaimanapun, mereka mengajukan soalan yang sukar untuk kita menentukan yang mana menjadi penyebab kepada perkara yang lain. Adakah membacamembaca karya fiksyen dapat membantu seseorang menjadi lebih empati atau orang yang empati hanya membaca lebih banyak fiksyen? Rumit bukan?

Mungkin penonton televisyen di luar sana yang merasakan mereka boleh menggunakan lebih empati boleh melakukan ujikaji mereka sendiri. Ambil beberapa tajuk buku fiksyen dan perhatikan perubahan dalam diri anda. Perlu beberapa cadangan bacaan? Tanyakan kepada kami, kami akan membantu anda dengan sebaiknya!

Artikel ini telah dialih bahasa dan pautan asal artikel disini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Cancel Post Comment