folder Filed in Dunia Buku
5 Tips Mudah Fokus Membaca
admin comment 0 Comments access_time 2 min read

Ketika membaca buku adakalanya kita hilang tumpuan. Daya tumpuan yang kurang akan menyebabkan kualiti bacaan kita tidak bermutu. Akhirnya kita hanya mensia-siakan masa yang diperuntukkan. Jadi bagaimana kita hendak fokus ketika membaca?

Tips 1: Cipta Suasana Membina dan Selesa

Suasana mampu memberi ketenangan dan keselesaan buat diri untuk membaca. Ia tidak semestinya sunyi dan teratur, mempunyai rak yang tinggi, bau buku yang unik atau bilik yang luas. Asalkan suasana itu memotivasikan kita untuk membaca dan tidak menganggu fokus. Ada yang selesa untuk menghabiskan membaca di perpustakaan. Ada pula yang perlukan secawan kopi sebagai peneman ketika membaca. Oleh kerana itu, kita harus bijak mencipta suasana yang serasi dengan diri agar kita dapat membaca dengan penuh tumpuan.

Tips 2: Cipta Waktu Khas Untuk Membaca

Jadualkan masa kita membaca. Kita harus sedar, manusia ada keterbatasannya. Kita mampu memberi tumpuan sepenuh masa untuk membaca. Ditambah pula dengan komitmen harian yang sarat dengan tanggungjawab tertentu. Waktu khas untuk membaca baik untuk diwujudkan supaya kita dapat memanfaatkan masa yang diperuntukan dan kualiti membaca dapat dijaga.

Tips 3: Letak Sasaran

Mulakan dengan sasaran yang mudah seperti apa yang kita mahukan daripada kandungan buku tersebut, berapa tempoh masa yang kita perlu peruntuk untuk membaca dan kenapa buku tersebut perlu dibaca. Sasaran yang kita tetapkan berdasarkan kepada kemampuan diri akan menjadikan minda kita alert dengan kemahuan diri. Sekaligus ia akan membantu diri kita untuk memenuhi segala sasaran yang ditetapkan.

Tips 4: Lari dari Gajet Elektronik

Jauhkan diri daripada segala gajet elektronik dan internet. Kita sering terganggu dengan hal-hal remeh seperti perbualan kosong dalam media sosial, menonton video di Youtube dan meninjau berita-berita tular di Facebook. Pastikan waktu yang telah kita khaskan untuk membaca dimanfaatkan semaksima yang mungkin.

Tips 5: Elak Membaca Ketika Stress

Membaca dalam keadaan yang tenteram akan menganggu tumpuan dan kualiti pembacaan. Minda kita ketika itu berada dalam keadaan tidak stabil. Sebaiknya mulakan aktiviti membaca dengan senaman pernafasan agar ia dapat mengurangkan tekanan diri. Kita juga boleh memasang muzik yang tenteram nadanya untuk mewujudkan suasana yang tenang.

fokus membaca tips

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Cancel Post Comment